Sabtu, 16 Julai 2011

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Kedai nasi ayam ni terletak dekat dengan Goodhope Hotel Shah Alam. Dengar kata nasi ayam Gemas ni memang terkenal. Jadi pergi merasa lah kan. Memang sedap dan banyak. Sepinggan RM6. Ayam 2 ketul besar. Tambah side order Tofu Jepun. Harga RM4. Sedap juga!







posted from Bloggeroid

Jumaat, 1 Julai 2011

Majalah RASA edisi Ramadhan

Baru beli tadi. Best sangat sebab ada banyak resepi biskut nestum. Mesti cuba! Jangan lupa beli majalah RASA :-)






posted from Bloggeroid

Dinner - Lala goreng sos tiram

Menu untuk malam ini. Sempat singgah di kuala selangor sebab nak merasa. Saiz kecil macam kuaci. Sebungkus RM2.50. Bila dah masak rasanya 10 orang boleh makan. Banyak & murah!


posted from Bloggeroid

Isnin, 20 Jun 2011

Nasi Beriani Gam Putrajaya

Tempat ni diperkenalkan oleh sahabat2 lama saya di Markas Tentera Darat.Tak jauh sangat daripada Putrajaya. Wuhuuu.. Punyalah sedap, tapi harganya pun punyalah mahal. Boleh dapat 2 snack plate KFC haha.. Kedainya biasa2 je. Elok sket la dari dulu yang macam nak roboh. Nasi beriani kuzi kambing memang terbaik dari ladang terutama kuahnya macam ganja pulak. Sekali sekala boleh lah makan kat sini sebab harga nasi beriani kuzi RM20/pinggan dan nasi beriani kambing kampung RM27/pinggan (kambing ni naik bas dari batu pahat ke putrajaya sbb tu mahal haha) Maaf la gambar tak sempat ambil sebab sedap sangat tau2 dah lesap dari pinggan. ;-)

Rabu, 15 Jun 2011

Restoran Tasik Raban, Lenggong, Perak

Asyik post pasal tempat kat Shah Alam je. Nak jugak pegi tempat lain ye. Haa ini ada satu restoran dekat dengan Lenggong, Perak. Dalam 40min dari tol Kuala Kangsar. Walaupun terletak di kawasan kampung tetapi ramai orang bertandang ke sini untuk merasa ikan bakar dan lauk pauk yang ada bermacam-macam. Antara yang best perut lembu dengan air asam. Ikan bakar (ikan ayor tawor ye) kat sini memang segar dan kuahnya sedap. Jangan lupa singgah ke sini kalau nak ke arah Grik / Jeli. Harga memang berbaloi. Cuba juga air jambu batu asam boi. memang elok buat penawar rasa muak sebab kenyang sangat ;-) haha..







View Larger Map

Makanan @ Kelate - Sedap & murah!

Hujung april lepas sempat ke kota bharu 3 hari. Saja bershopping raya sambil berjalan2 di sekitar KB, Bachok & Rantau Panjang. Biasalah bila sampai KB tak sah kalau tak pegi Pasar Buluh Kubu. Sempat la merasa laksam & lauk pauk tempatan kat sana. Harga memang murah. Kat pantai irama, bachok saya makan cholek (tak tau la eja betul ke tak ;-)). Huhh.. memang kolestrol sebabnya seafood celup tepung tu goreng 2 kali.. tak leh sokmo make cholek ni haha..kat kelate ni rugi tak merasa makanannya yg macam2 ada.. so mari pakat ramai2 datang kelate :-).



Saya selitkan juga gambar sebuah masjid di Rantau Panjang.. gelaran masjid ini - Masjid Cina..

Restoran Wong Solo @ Seksyen 7 Shah Alam

Restoran ni dah 3 kali pergi. Boleh cuba rasa makanan kat sini seperti ayam penyet, ayam bakar,pecel lele, tempe goreng, sup ekor, jus avokado dan macam2 lagi. Paling sedap - cumi goreng. Harga memang agak mahal tapi sekali sekala nk merasa boleh je. Lokasi restoran ni di Seksyen 7 berdekatan dengan Jakel dan pintu masuk UiTM.



View Larger Map

Menu sempena harijadi mama - Puding Trifle & Siakap Kukus Asam Boi


Jumaat ni mama tercinta akan pencen menjadi pesara cikgu. So, sabtu ni abah plan nak buat makan2 sket untuk kawan2 mama. Abah suruh masak Puding Trifle dan Siakap Kukus Asam Boi. Camne jadinya akan diupdate ok? Resepi puding trifle seperti berikut :

Bahan-bahan Puding Trifle( 5-7 )

* 1 tin susu cair
* 1 sd besar gula
* 4 sd besar tepung kastard
* 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
* ½ biji kek gulung sederhana saiznya
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
* 1 mangkuk air panas

Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.
(credit to myresepi.com)

Beli kek gulung kat giant. Dah cuba kek gulung kedai lain tapi yang giant paling sedap. Tepung kastad pakai bird custard sebab baunya wangi & teksturnya cantik. Hidang dalam mangkuk yang lutsinar (transparent).

Resepi siakap kukus nanti saya upload ye sbb gambarnya takde ;-)

Tart nenas yang sedap ;-)

Salam. Tengah hari tadi keluar makan cari nasi kat Seksyen 13 Shah Alam dkt2 dengan stadium shah alam. Beli jugak la 2 bungkus nasi, 2 ayam kampung goreng, gulai lemak lala, sekor ikan keli & ulam. Nak tau harganya berapa? RM21.60. Mahal kan? Sekali sekala boleh lah. Nasib baik sedap. Selang 2 buah kedai tu ada satu kedai jual kek coklat & tart nenas. Tart nenasnya memang mantap & gebu. Manis yg sedang2 saja. Sedap woo. Baru je beli dah tinggal setengah balang. Nak beli leh cari kat Sek 13 atau tgk kat website yg tertulis atas balang tu. Best & berbaloi beli.


View Larger Map


Isnin, 13 Jun 2011

Suka-suka dikongsi bersama

Salam. Idea nak buat blog ni datang bila selalu upload gambar-gambar pegi keluar makan dengan famili dan kawan-kawan. Rugi plak tak dikongsi pendapat tentang tempat-tempat makan yang menarik dan sedap dengan kawan-kawan. Mana yang sedap dipuji, yang kurang tu diberi lah ulasan yang membina supaya boleh jadi sedap. Memang suka merasa makanan yang pelbagai atau makanan baru yang pastinya halal. Boleh juga kalau ada yang nak cadangkan tempat-tempat yang menarik boleh lah saya pegi try pulak ye. Jadi untuk permulaan ni, saya kongsikan tempat-tempat yang pernah saya pegi dan menjadi kegemaran famili saya. Juga boleh dikongsikan resepi untuk rujukan bersama.

~s.h.a.r.i.n.g.i.s.c.a.r.i.n.g~